Osama bin Mohammed
bin Awad bin Laden yang popular dikenal dengan Osama bin Laden,
dilahirkan pada tanggal 28 Jun 1957 di kota Jeddah, Arab Saudi, kawasan pantai
Laut Merah. Osama adalah anak ke 17 dari 52 orang anak bersaudara.
Bapanya bernama Mohammed bin Laden, adalah seorang petani miskin dari Yaman yang kemudian
berpindah ke Arab Saudi selepas Perang
Dunia II. Di tempat yang baru ini Mohammed
bin Laden memulakan kerjayanya yang baru bergerak dalam bidang perniagaan
pembangunan.
Pada
akhirnya beliau mendapat banyak kontrak bagi pembangunan masjid-masjid dan
istana-istana yang sangat bernilai dari pemerintah Arab Saudi. Oleh kerana itu
beliau telah mengembangkan tali persahabatan yang sangat akrab dengan keluarga
Kerajaan Saudi. Mohammed bin Laden kemudian telah menjadi salah seorang yang
paling kaya di Arab Saudi, yang dianggarkan memiliki aset jutaan dollar Amerika
Syarikat. Dari keuntungannya ini dianggarkan Mohammed bin Laden memiliki saham
sejumlah hampir 300 juta dollar Amerika.
Ketika di usia remaja, Osama bin
Laden telah bergabung dengan gerakan Wahhabi Konservatif-Baru
(Ultrakonservatif) ; dan beliau pernah menyertai jabatan polis yang
menegakkan undang-undangsyariah. Osama adalah seorang bekas mahasiswa Universiti Raja Abdul Aziz di Jeddah, dimana beliau berguru kepada salah satu diantara
gurunya,iaitu Sheikh Abdullah
Azzam. Guru Abdullah Azzam inilah yang
kemudian diketahui sebagai tokoh utama yang memainkan peranan menggerakkan
sokongan kepada bangsa Arab bagi kaum Mujahidin yang berperang melawan
kependudukan Russia di Afganistan. Osama bin Laden lulus pengajiannya dan mendapat ijazah
sarjana tahun 1979 dalam bidang Ekonomi dan Pengurusan.
Osama
bin Laden mula membangunkan jaringan komunikasinya pada tahun 1979 ketika
beliau ke Afganistan menyertai perang kaum pejuang Afgan yang dikenali sebagai
kaum mujahidin yang tetap bertahan dan bertempur melawan Kesatuan Soviet. Osama
mengeluarkan dana daripada aset kekayaannya dan pengaruhnya keluarganya bagi
gerakan pertahanan Afgan, dan membantu kaum Mujahidin dengan bantuan logistik
dan bantuan kemanusiaan. Osama juga terlibat mengambil bahagian dalam beberapa
pertempuran selama perang Afganistan.
Ketika peperangan melawan Soviet
hampir berakhir, Osama menubuhkan gerakan Al Qaeda, sebuah organisasi bekas
pejuang Mujahedin dan para penyokong lainnya yang membantu menyalurkan baik
dana dan pasukan pejuang untuk gerakan pertahanan Afgan.
Ketika tentera Soviet berundur
keluar dari Afghanistan, Osama bin Laden pulang ke Arab Saudi dan menceburi
perusahaan pembinaan dan pembangunan milik keluarga, Kumpulan Perusahaan Bin Laden. Di sini beliau kemudiannya bersama dengan kelompok
orang-orang Saudi yang haluan kiri dan menentang pemerintahan kerajaan /
monarki Saudi, iaitui terhadap [[Keluarga Raja Fahd. Pada tahun 1995 Osama bin
Laden membangunkan infrasruktur di Sudan ketika hubungannya dengan Presiden Umar Al Basyir dan Dr Hasan
Turabi yang memerintah Sudan.
Pada tahun 1994, Pemerintah Saudi
menarik hak kewarganegaraan Osama dan membekukan seluruh aset dan kekayaannya
di seluruh negara.Menurut Pemerintah Amerika Syarikat, Al Qaeda telah meniru
gerakan-gerakan perikatan dengan pola pemikiran golongan fundamentalis, seperti
misalnya golongan Al-Jihad di Mesir, Gerakan Hizbullah di Iran, Front Islam
Nasional di Sudan, dan kelompok-kelompok jihad lain di Yaman, Saudi Arabia, dan
Somalia. Organisasi Osama bin Laden juga memiliki ikatan-ikatan dengan
"Kelompok Islam" yang pada suatu ketika dibawah pimpinan Syaikh Omar Abdel Rahman, seorang ulama Mesir yang di jatuhi hukuman penjara seumur
hidup sejak pengakuannya pada tahun 1995 menggagalkan persekongkolan meletupkan
beberapa tempat di kawasan bandar New York. Pada akhir tahun 1990-an dua orang
anak Sheikh Rahman bergabung bersama kekuatan tentera dan perjuangan Osama bin
Laden.
Sejak
tahun 1992, Pemerintah Amerika Syarikat memberi amaran bahawa Osama bin Laden
dan anggota-anggota lainnya dari gerakan Al Qaeda menjadi sasaran tentera
Amerika yang bertugas di Saudi Arabia, dan di Yaman, dan kesatuan ketenteraan
yang ditugaskan di Gurun Afrika, termasuk di Somalia. Pada bulan Oktober
1993,dilaporkan 18 orang anggota tentera kebangsaan Amerika Syarikat yang
bekerja untuk bantuan kemanusiaan di Somalia, terbunuh di sana ketika
menjalankan kerja sosial mereka. Mayat tentera pekerja sosial itu diseret dan
dianiaya di sepanjang jalan-jalan raya. Pada tahun , Osama bin Laden dikenakan
hukuman atas tuduhan melatih orang-orang yang terlibat dalam serangan
pembunuhan tentara pekerja sosial tersebut dan beliau menyatakan bahawa para
pengikutnya bersama kaum Muslim setempat telah membunuh tentera-tentera
itu.Perundangan Amerika Syarikat turut menuduh bahawa Osama bin Laden memiliki
jaringan dengan serangan-serangan yang gagal ke atas dua hotel di Yaman di mana
para tentera Amerika Syarikat bermalam dalam perjalanan mereka ke Somalia.
Pada 7 Ogos 1998,lapan tahun selepas
tentera AS di tugaskan beroperasi di Arab Saudi, dua trak mengandungi bom
meletup di luar Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Nairobi, Kenya; dan di Dares Salaam, Tanzania. Osama bin Laden mengaku tidak bertanggungjawab, tetapi para
Hakim menegaskan keterlibatan dan kesalahannya itu terbukti dengan adanya
surat-surat faksimili yang dikirimkan oleh kelompok Sel Osama di London
setidaknya kepada tiga agen penjualan media internasional. Para Hakim juga
menunjukkan pengakuan penjenayah tertuduh pelaku pengeboman Kedutaan-Kedutaan
Besar , yang mengaku mereka adalah anggota gerakan Al Qaedah.
Empat
belas hari kemudian, pada 20 Ogos 1998, Presiden Bill Clinton memerintahkan
armada Kapal Perang Amerika Syarikat menggempur kem-kem di Afganistan yang
disyaki sebagai markas latihan pengganas, dan penggempuran keatas kilang
pengujian bahan kimia di Khartoum, Sudan. Osama bin Laden selamat dari serangan
itu dan dijatuhkan hukuman oleh kerajaan Amerika Syarikat atas tuduhan sebagai
perancang serangan-serangan bulan November 1998.
Presiden George W. Bush telah menyatakan bahawa Osama adalah
tertuduh utama dalam serangan pengganas di bandar New York dan Washington pada
11 September 2001; dan serangan pengganas yang lain keatas Kedutaan-Kedutaan
Besar Amerika Syarikat, kapal-kapal perang, dan asset-aset Amerika Syarikat
yang lain.
Para pejuang
Taliban telah mengutuk serangan hari Selasa ke atas Amerika Syarikat
itu dan menegaskan bahawa Taliban tidak terlibat. Osama bin Laden secara tegas
dan meyakinkan telah menyangkal penglibatan dirinya dalam serangan 11 September 2001 itu.
Osama bin Laden boleh disamakan
dengan Che Guevara dalam perjuangannya terhadap ketidakadilan yang terjadi
akibat haegemoni barat khususnya Amerika Syarikat terhadap bangsa bangsa di
dunia khususnya yang terjadi di negara negara dunia Islam. Banyak pengamat
Islam Antarabangsa menyatakan bahawa perjuangan Osama bin Laden dan Al Qaeda
akan tetap berterusan selama dunia barat khususnya Amerika Syarikat tidak
mengubah dasar luar yang tidak adil terhadap negara negara dunia Islam. Isu
palestin adalah diantaranya, serta serangan dan pendudukan tentera AS di Iraq membuat masalah yang dikatakan rekayasa dunia barat sebagaiterorisme ? tidak akan selesai selamanya!
Tidak ada komentar:
Posting Komentar